beberapa hari menjelang syawal..
saya dikejutkan dengan berita yang amat pilu.. tak tergambar dengan lafaz kata akan kepiluan itu..
dalam jutaan umat manusia ..dia antara yang terpilih untuk melaluinya..
tabahlah sahabatku..
bila perkabaran itu saya terima dari seorang sahabat yang lain.. jiwa ini bergolak ingin mengetahui dengan lebih mendalam.. namun apakan daya.. dia tak mampu berkongsi rahsia jiwa itu bersama saya..
namun saya faham.. jiwa itu masih rapuh dan nipis...
tapi .. mungkin rantaian persahabatan itu melebihi segalanya..
rahsia itu terungkai jua..
walau tiada suara.. namun tangisan itu tetap menyapa telinga..
nyanyian sepi itu meruntun jiwa saya ...
mungkin tiada silap dimana2, cuma tuhan ingin menghadiahkan sesuatu yang amat berharga sebagai ganjaran kesabaran itu..
redhakan ia sahabatku.. lepaskan dia...
namun..
kerana rahsia itu, saban hari saya membaca dan terus membaca.. untuk menggali ilmu tentangnya..
seakan2 terasa akan kesedihan yang sedang dilalui..
kuatlah sahabatku... rantaikan difikiran... seorang gadis cantik sedang menunggumu di Jannah..
dengan senyumanya yang paling manis.. buat si ibu yang diulit kesedihan... semoga dengan keredhaan mu itu, dia akan damai disana..
Jasmin Ismail sayangku.. damailah engkau disisi Yang Esa..
No comments:
Post a Comment